PETALING JAYA: Mahkamah tiada pilihan selain mengenakan wang ikat jamin terhadap orang kena tuduh (OKT) kerana keterbatasan peruntukan undang-undang Kanun Prosedur Jenayah walaupun membabitkan tuduhan kesalahan kecil. Keadaan itu menyebabkan ramai OKT terutama yang tidak berkemampuan membayar wang jaminan terpaksa dihantar ke penjara sementara menunggu perbicaraan. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, peguam Mior Nor Haidir Suhaimi berkata, Seksyen 390 Kanun Prosedur Jenayah hanya menetapkan nilai bon atau wang ikat jamin bagi…