PETALING JAYA: Pekerja-pekerja ekonomi gig kecewa apabila kerajaan membuat pusingan U terhadap penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) seperti yang pernah dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Julai lalu. Ketua Aktivis Gabungan e-hailing Malaysia (GEM), Jose Rizal berkata, industri ekonomi gig menaruh harapan tinggi pada kerajaan untuk menyelesaikan isu yang membelenggu mereka selama ini terutama mengenai kadar upah. Katanya, penubuhan SEGiM diyakini mampu menyelesaikan perkara…