KOTA KINABALU: Elemen pasar basah akan dimasukkan ke dalam program Jualan Rahmah tahun depan sebagai satu penambahbaikan, selain memudahkan orang ramai mendapatkan barangan basah pada harga terbaik. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pihaknya akan membawa peniaga-peniaga di pasar basah untuk terlibat memasarkan produk mereka dalam program Jualan Rahmah mulai Januari ini. “Peniaga-peniaga ini kita bawa dalam program Jualan Rahmah secara bergilir-gilir, kita…










