PETALING JAYA: Pelakon sensasi, Nadia Brian tidak mahu memanjangkan isu kelewatan sebuah produksi membuat bayaran sebalinya memberi lebih masa sebelum tindakan susulan diambil. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nadia, 32, berkata, kelewatan tersebut mungkin berpunca dari tempoh cuti panjang ketika ini sempena sambutan Hari Natal dan tahun baru. “Saya tak mahu bising-bising dan beranggapan mereka mungkin sedang bercuti. Saya beri masa lagi, jika masih lewat dan tidak menepati tempoh bayaran yang…