Mengapa pemimpin PH membisu?

Mengapa pemimpin PH membisu?

LEBEN SIDDARTH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mempersoal jika Pakatan Harapan (PH) sudah mengabaikan agenda berhubung pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pemangku Ketua Pene­rangan Muda, Leben Siddarth berkata, selama ini, pelaksanaan pilihan raya PBT dilihat sebagai agenda untuk memperkasa rakyat, namun pemimpin-pe­mimpin PH kini membisu.

“Adakah pendirian PH terhadap pelaksanaan pilihan PBT yang selama ini dianggap sebagai agenda memperkasa rakyat, kini sudah diabai dan dipinggirkan?,” soalnya.

Selain itu, Leben mengkritik kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mendakwa pilihan raya PBT mungkin dimenangi oleh masyarakat Cina di bandar.

“Pandangan ini tidak mencerminkan realiti, memandangkan terdapat masyarakat Melayu yang turut menetap di bandar terutama di kawasan Lembah Pantai, Titiwangsa, Batu dan Setiawangsa.

“Parti politik termasuk UMNO perlu memahami kebimbangan mengenai monopoli perwakilan ahli majlis bukan Melayu adalah tidak berasas,” katanya.

Kata Leben, MUDA menyokong sepenuhnya cadangan ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai untuk melaksanakan pilihan raya PBT.

Katanya, adalah penting untuk kerajaan menjalankan sistem demokrasi pe­ringkat ketiga itu di seluruh negara dan bukan hanya di Wilayah Persekutuan.

“Pilihan raya PBT memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan menentukan pemimpin tempatan serta mengatur hala tuju pembangunan kawasan mereka sesuai dengan cara hidup dan aktiviti ekonomi,” katanya.

Kali terakhir Malaysia mengadakan pilihan raya PBT pada 1963. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN