Mangsa banjir Kelantan kembali bertambah

Mangsa banjir Kelantan kembali bertambah

SEORANG kanak-kanak termenung sambil melihat kawasan rumahnya ditenggelami air di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan kembali meningkat kepada 754 orang 574 orang setakat pukul 4 petang semalam.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM setakat pukul 8 pagi tadi empat jajahan yang terjejas ialah Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas dan Machang.

Menurutnya, kesemua mangsa kini berlindung di enam PPS iaitu Sekolah Kebangsaaan (SK) Pangkal Kalong, Kota Bharu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor dan SK Jelawat (Bachok), SK Gual To’Deh dan SMK Baroh Pial (Pasir Mas) serta SK Pulai Chondong (Machang).

“Daripada jumlah itu, Pasir Mas menempatkan jumlah mangsa paling ramai ketika ini iaitu 341 orang, diikuti Bachok (355), Kota Bharu (8) dan machang (10),” katanya.

Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya iaitu 9.55 meter berbanding normal lima meter.-UTUSAN

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.