Malaysia gubal dasar jelas bagi menarik, mengekalkan  pelabur - PM - Utusan Malaysia

Malaysia gubal dasar jelas bagi menarik, mengekalkan  pelabur – PM

Anwar Ibrahim bergambar bersama Mary Thornton dan delegasinya yang mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan mementingkan penggubalan dasar yang jelas dan bersepadu bagi menarik dan mengekalkan para pelabur di negara ini demi masa depan rakyat dan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, maka perlu diterapkan pendekatan libat urus bersama-sama industri agar dasar dan inisiatif yang diwujudkan selari dengan keperluan semasa dan akan datang.

“Adalah penting bagi kerajaan menggubal dasar serta kebijakan yang jelas dan bersepadu bagi menarik dan mengekalkan pelabur-pelabur di Malaysia. 

“Juga perlu diterapkan pendekatan libat urus bersama-sama industri agar dasar dan inisiatif yang diwujudkan adalah selari dengan keperluan semasa dan akan datang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat Naib Presiden Dasar Global Persatuan Industri Semikonduktor (SIA), Mary Thornton dan delegasi semalam.

Menurut Anwar, dalam pertemuan itu, ahli-ahli SIA mengambil kesempatan memaklumkan kepadanya mengenai perancangan industri serta cadangan dalam memperkukuh tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing terutamanya pada peringkat rantaian yang bernilai tinggi.

“Antara lain saya terangkan pendekatan penting kerajaan yang menggalakkan sektor swasta menerajui pusat-pusat kemahiran sebagai langkah mengatasi isu ketidaksepadanan tenaga kerja baharu dengan keperluan industri. 

“Selain itu, kami sependapat bahawa ekosistem perusahaan kecil dan sederhana yang menyumbang kepada rantaian pengeluaran syarikat-syarikat utama dunia perlu sentiasa diberi penekanan dan sokongan,” katanya.

Perdana Menteri memaklumkan, SIA menjadi suara industri semikonduktor Amerika Syarikat selama lebih  empat dekad manakala ahli dan anggota SIA telah mewakili lebih daripada 99 peratus industri semikonduktor Amerika Syarikat (AS) dari segi pendapatan dan hampir dua pertiga daripada firma cip bukan AS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN