Langkah tepat pisahkan NRECC - Kerajaan Kelantan

Langkah tepat pisahkan NRECC – Kerajaan Kelantan

MOHAMED Fadzli Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyifatkan rombakan kabinet semalam yang memisahkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) sebagai langkah tepat.

Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, pemisahan NRECC kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam wajar dilaksanakan.

Menurutnya, hal ini kerana NRECC di bawah Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusuf wajar dilaksanakan kerana ia membabitkan tanggungjawab amat besar.

“Ia sekali gus membuktikan langkah diambil semasa pentadbiran dua bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah tepat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan itu memberitahu, pihaknya berharap barisan kabinet baharu akan berada pada landasan yang betul untuk memulihkan semula kestabilan kerajaan dan ekonomi negara.

Katanya, Kelantan mahu tumpuan kepada usaha membantu rakyat dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin selepas ini.

“Berpolitik letak ke belakang dahulu kerana kita baru sahaja habis Pilhan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

“Kelantan puji langkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengembalikan tokoh-tokoh lama seperti Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Dr. Noraini Ahmad ke dalam barisan kabinet berserta beberapa tokoh korporat termasuk Datuk Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II,” ujarnya.

Mohamed Fadzli bagaimanapun berkata, beliau melihat Anwar berdepan situasi agak sukar apabila jawatan Menteri Kewangan I masih dipegang oleh beliau sendiri.

“Mungkin beliau berpendapat boleh membahagikan tugas tetapi bagi saya, akan timbul rasa kekok.

“Jadi kita minta beliau (Anwar) melepaskan jawatan Menteri Kewangan atau memberikan kuasa kepada Amir Hamzah agar dapat melaksanakan tugas tanpa sekatan atau ‘malu mata’ dan sebagainya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya