Konvoi cari makan berakhir tragedi, kakak maut, adik cedera - Utusan Malaysia

Konvoi cari makan berakhir tragedi, kakak maut, adik cedera

KEADAAN motosikal mangsa yang maut bertembung dengan treler semasa konvoi bermotosikal di hadapan Klinik Desa Bukit Mor, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Kakak maut, manakala adiknya cedera apabila motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di hadapan Klinik Desa Bukit Mor, Muar, di sini.

Mereka yang berkonvoi menunggang tujuh buah motosikal bersama-sama rakan lain dalam perjalanan dari Negeri Sembilan menuju ke sebuah kedai makan di Yong Peng, namun difahamkan menukar haluan ke Muar apabila premis tersebut dipenuhi pelanggan atau ditutup.

Namun, motosikal yang ditunggang mangsa, Norlyana Sharif, 37, bertembung dengan sebuah treler.

Mangsa disahkan maut di tempat kejadian, manakala adiknya, Mohd. Khairul Amri, 28, yang menunggang sebuah lagi motosikal turut terbabit dalam kemalangan itu, namun mengalami kecederaan.

Menurut Ketua Balai Bomba Muar, Timbalan Penguasa Bomba II, Shahrizal Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada pukul 11.54 pagi tadi.

“Setibanya di tempat kejadian didapati terdapat satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah treler dan sebuah motosikal.

“Terdapat seorang mangsa, penunggang motosikal berada di bahagian bawah treler berkenaan. Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa dari bawah lori,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Walau bagaimanapun, pemandu treler, Mohamad Faizal Yunos, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya., manakala adiknya yang cedera dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Fettry Mahat dengan kekuatan sembilan anggota bersama empat jentera itu tamat pada pukul 1.11 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya