PETALING JAYA: Malaysia perlu membuat kajian semula jika mahu menghidupkan kembali projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Institut Piagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (CILTM), Profesor Dr. Muhammad Zaly Shah Muhammad Hussein berkata, ini kerana kajian yang dibuat sebelum ini sudah lama dan sudah tentu mempunyai perubahan. Menurut beliau, kebiasaannya kajian perancangan projek sehingga keputusan melaksanakannya itu boleh mengambil masa kira-kira empat…










