Ibu bayi rentung masih trauma, kerap terjaga pukul 4 pagi

Ibu bayi rentung masih trauma, kerap terjaga pukul 4 pagi

NORA Yaacob (kanan) bertanya khabar Nur Hasifah (tengah) sebelum menyampaikan baucer pencen penakat di rumahnya Kampung Tapang, Panji, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 69, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Kuala Krai di sini pada 27 November lalu mengakui kerap terjaga dari tidur pada pukul 4 pagi setiap hari kerana trauma masih trauma dengan peristiwa hitam ini.

Nur Hasifah Razni, 25, berkata, sejak peristiwa itu dia tidak dapat nyenyak tidur setiap kali terkenang pemergian Wan Sabeena Arisha yang berusia tujuh bulan serta suami Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28,.

Menurutnya, suami meninggal dunia pada 5 Disember lalu selepas 80 peratus melecur akibat kemalangan tersebut.

“Sehingga kini saya tidak boleh menaiki kereta dalam jarak perjalanan yang jauh kerana bimbang berlaku kemalangan.

“Pada masa sama, perasaan saya masih takut sekiranya melihat pembahagi jalan atau lubang kerana masih terngiang-ngiang dengan kejadian tersebut,” katanya ketika ditemui media selepas menerima baucer pencen penakat arwah suami yang diserahkan oleh Pengarah Keselamatan Sosial (PERKESO), Nora Yaacob, di rumahnya di Kampung Tapang, Panji di sini, hari ini.

Nur Hasifah memberitahu dia akan kembali semula bekerja di Klinik Panchor, Berek 12, di sini.

Katanya, arwah suami sempat meminta maaf selepas tidak nampak pembahagi jalan semasa kemalangan kerana laluan tersebut sangat gelap sehingga menyebabkan kereta Honda Jazz yang dipandu terbakar.

Sementara itu Nora berkata, selepas semakan dibuat Nur Hasifah layak menerima pencen penakap berjumlah RM546.98 setiap bulan sehingga akhir hayat.

Katanya, isteri arwah turut layak menerima faedah pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang sudah dimasukkan kedalam akaun milik Nur Hasifah.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang bayi tujuh bulan rentung dalam kemalangan di Kilometer 69, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhadapan sebuah bank di Kuala Krai

Kejadian pukul 4.40 pagi itu turut mengakibatkan pemandu kereta  melecur 80 peratus pada badan manakala seorang lagi penumpang cedera ringan. Semasa kejadian keluarga dalam kereta Jazz tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Panji dekat sini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN