KUALA KANGSAR: Graduan dari Uganda, Kakaire Abdu, 48, bangga bukan sahaja kerana dapat melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di negara ini tetapi juga belajar bahasa Malaysia. Kakaire yang berada di Kuala Kangsar hampir dua tahun sebagai sebahagian daripada pengajiannya berkata, dia seronok semasa tinggal di bandar ini kerana layanan masyarakat setempat dan pilihan makanan yang sedap. “Di Kuala Kangsar, masyarakat dan makanan di sini sangat menarik. Saya juga belajar…