PETALING JAYA: Keengganan pemain industri vape menyokong pelaksanaan Generasi Penamat Rokok (GEG) bukan kerana ‘takut’ kehilangan pelanggan tetapi kerana tahap penguatkuasaan yang tidak jelas dan memungkinkan wujudnya pasaran gelap. Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), Ridhwan Rosli berkata, pihaknya tidak pernah bimbang mengenai larangan penjualan produk rokok elektronik kepada golongan bawah umur atau kanak-kanak. “Ramai salah faham apabila kita kata yang GEG akan menyebabkan kerugian kepada industri vape, ia…