Gadis mengaku bersalah tipu rumah sewa

Gadis mengaku bersalah tipu rumah sewa

TERTUDUH (tengah) diiring oleh pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) semasa menghadiri prosiding di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan sebelum ini.-Gambar Fail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang gadis yang merupakan peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu urusan perkhidmatan mencari rumah sewa dengan mengenakan bayaran sebanyak RM520 kepada seorang wanita, tiga bulan lalu.

Tertuduh, Shaffiyah Virdanie Syamsul Amizan, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, gadis itu didakwa bersetuju menerima bayaran sebanyak RM520 melalui sebuah akaun bank tanpa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa tertuduh dapat membekalkan perkhidmatan rumah sewa kepada seorang wanita.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25 (1) (b) Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang memperuntukan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa di sini pada 14 dan 15 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Sophian Zakaria dan Shafiq Hamadi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 23 Januari tahun depan untuk sebutan fakta dan jatuh hukum.

Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya