PETALING JAYA: DAP hanya mempunyai 40 ahli Parlimen sekali gus menunjukkan parti itu tidak boleh mempengaruhi, apatah lagi meluluskan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya seperti digembar-gemburkan oleh Pas. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, di sebalik angka itu, DAP terus menjadi mangsa tuduhan Pas kononnya parti itu mendesak persempadanan kawasan Parlimen dilakukan segera. Jelasnya, langkah kajian persempadanan dibuat dengan mengambil kira…