Bunuh bergaduh: Lima termasuk seorang wanita warga asing ditahan - Utusan Malaysia

Bunuh bergaduh: Lima termasuk seorang wanita warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita warga asing dipercayai terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki warga asing di Taman Pandan Jaya, Ampang di sini  ditahan dalam serbuan Jumaat lalu.

Menurut sumber, kejadian pergaduhan tersebut berlaku pada 10 Disember lalu di hadapan kedai runcit di Taman Pandan Jaya ekoran tercetus  pertengkaran kerana disyaki mabuk.

“Kejadian berlaku ketika rakan mangsa ingin menutup kedai runcit itu  tiba-tiba diserang suspek sebelum mangsa yang melihat kejadian itu datang membantu.

“Bagaimanapun, berlaku pergaduhan ketika itu sebelum mangsa dan rakannya ditikam suspek sebelum suspek-suspek melarikan diri,” katanya.

Akibat tindakan itu, tambah sumber, mangsa disahkan maut manakala rakannya cedera parah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan lima suspek ditahan di Pahang dan Ampang Jaya Jumaat lalu bagi membantu siasatan.

“Suspek ditahan pada 10 malam Jumaat lalu dalam beberapa siri serbuan di Jalan Kemaman, Kuantan, Pahang dan kawasan Pandan Indah.

“Polis menahan empat lelaki warga asing berusia 23 hingga 51 tahun dan seorang wanita warga asing berusia 19 tahun,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman sehingga 22 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN