Bersatu tidak tolak Pas sebagai Ketua Pembangkang

Bersatu tidak tolak Pas sebagai Ketua Pembangkang

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menolak kemungkinan Pas menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, cadangan untuk Bersatu menjadi Ketua Pembangkang ketika ini adalah daripada Pas sendiri.

“Ia bukan satu kerusi yang mewakili Bersatu semata-mata, tetapi ia merupakan kerusi yang mewakili Perikatan Nasional (PN),’’ katanya ketika dihubungi.

Ketika ini, PN menguasai 74 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dengan 43 daripadanya adalah kerusi Pas. Bagaimana, lima daripada wakil rakyat Bersatu telah menyatakan soko­ngan kepada Perdana Menteri baru-baru ini tanpa keluar daripada parti itu.

Kemenangan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada Sabtu lalu me­ngukuhkan lagi kedudukan Pas selaku parti utama dalam PN, apatah lagi memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar.

Pada pandangan Pas, kejayaan mengekalkan kerusi tersebut menunjukkan parti itu sudah bersedia memikul pe­ranan yang lebih besar di peringkat Pusat.

Ahmad Faizal berkata, Bersatu dan Pas adalah pendukung kepada PN dan semua kejayaan yang dicapai oleh kedua-dua parti itu adalah hasil kerjasama yang baik antara kesemua parti komponen.

Selain itu, beliau berkata, kerjasama Bersatu dan Pas perlu dijaga dengan baik, malah memperkukuhkannya lagi untuk masa akan datang.

Dalam pada itu, Ahli Exco Srikandi Bersatu, Zeti Zanariah Masiran berkata, semua keputusan yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi PN perlu dipatuhi termasuk dalam soal pemilihan ketua pembangkang.

Jelasnya, pucuk pimpinan akan membuat keputusan secara sepakat dengan kepenti­ngan agama, negara serta rakyat menjadi keutamaan.

“Tugas kami sebagai ahli adalah tambah baik gerak kerja dan mengukuhkan kerjasama de­ngan Pas,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN