Bapa kepada bayi rentung meninggal dunia hari ini

Bapa kepada bayi rentung meninggal dunia hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bapa kepada bayi berusia tujuh bulan yang rentung selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 69, Jalan Kota Bharu-Gua Musang di Kuala Krai pada minggu lalu disahkan meninggal dunia pagi tadi selepas lapan hari bertarung nyawa di hospital.

Mangsa Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28, pemandu kereta Honda Jazz yang melecur 80 peratus pada anggota badannya dalam nahas pada 27 November lalu disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini kira-kira pukul 10.45 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, sebelum ini arah menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai, sebelum dipindahkan ke HRPZ II atas permintaan ahli keluarga.

“Mangsa ketika itu masih berada dalam keadaan kritikal dan dipantau rapi oleh doktor selain perlu bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan.

“Selepas lapan hari bertarung nyawa, Wan Shahrizat Azwan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), HRPZ II,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang bayi tujuh bulan rentung dalam kemalangan di Kilometer 69, Jalan Kota Bharu-Gua Musang .

Kejadian pukul 4.40 pagi itu turut mengakibatkan pemandu kereta melecur 80 peratus pada badan manakala seorang lagi penumpang cedera ringan. Semasa kejadian keluarga dalam kereta Jazz tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Panji dekat sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN