Banjir termenung, 27 mangsa masih berlindung di PPS

Banjir termenung, 27 mangsa masih berlindung di PPS

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Banjir termenung menyebabkan seramai 27 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Rantau Panjang dekat sini selepas rumah mereka masih ditenggelami air.

Difahamkan kesemua mangsa dari tujuh keluarga itu merupakan penduduk dari Kampung Bendang Perol.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana negeri dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 8 pagi tiga buah kawasan iaitu Kampung Tersang, Jalan Kampung Tersang dan Kampung Bendang Perol, Tok Deh masih ditenggelami air.

“Bagaimanapun, trend paras air Sungai Golok di Rantau Panjang terus menurun kepada 6.70 pada pagi ini dan kembali ke paras normal

“Sementara itu, semua sungai-sungai utama di negeri sudah kembali ke paras normal seperti biasa,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN