ATM pelbagaikan pendekatan kekang penyeludupan di musim banjir

ATM pelbagaikan pendekatan kekang penyeludupan di musim banjir

AZUDIN Hassan (kiri) semasa memberikan taklimat berkait aset-aset yang akan digunakan oleh ATM sepanjang musim banjir di selepas Perbarisan 'First Responder' Op Murni 8 Briged di Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelbagaikan pendekatan dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri menerusi Op Merpati bermula dari Rantau Panjang ke Jeli sepanjang musim banjir.

Panglima Briged Kelapan Brigedier Jeneral Datuk Azudin Hassan berkata, pendekatan itu diambil susulan penyeludup akan mengubah taktik mereka dalam usaha mengaburi mata anggota penguat kuasa yang bertugas di sempadan.

Menurutnya, ATM sentiasa membuat kajian bagi memastikan aktiviti jenayah lintas sempadan dapat dikurangkan.

“Berdasarkan pemerhatian, kegiatan penyeludupan di sempadan masih berlaku semasa banjir apabila golongan tersebut mengubah taktik mereka. Sebelum ini, kemungkinan mereka melakukan kegiatan menyeludup pada waktu Maghrib dan Subuh.

“Semasa banjir, mungkin penyeludup mengubah waktu kerja mereka pada waktu siang semasa banjir. Jadi, anggota ATM sentiasa dinamik dalam menjalankan tugas di sempadan negara untuk mengesan kegiatan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perbarisan ‘First Responder’ Op Murni 8 Briged di Kem Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Azudin memberitahu, kawalan sempadan sentiasa diperketatkan meskipun beberapa kawasan di sepanjang Sungai Golok ditenggelami banjir ketika ini.

Katanya, penugasan di kawasan tanggungjawab (KTJ) sejauh 85 kilomter berjalan seperti biasa.

“Kawalan sempadan tetap diperketatkan dan kita masih melakukan rondaan menggunakan pelbagai cara termasuk kenderaan.

“Banjir yang melanda kawasan Sungai Golok biasanya tidak lama. Dalam tempoh dua hari, air akan surut. Jadi ia tidak memberikan masalah kepada pengusan anggota di sempadan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azudin berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia untuk membantu agensi-agensi penyelamat yang lain pada musim banjir terutamanya di Kelantan dan Terengganu kecuali di daerah Kemaman.

Katanya, seramai 4,500 ATM akan digerakkan jika keadaan banjir di kedua-dua buah negeri itu menjadi semakin buruk sehingga menyebabkan ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).-UTUSAN

-habis-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya