Aksi Kelantan United, Negeri Sembilan tergendala akibat hujan lebat

Aksi Kelantan United, Negeri Sembilan tergendala akibat hujan lebat

KEADAAN permukaan padang di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Aksi Liga Super antara Kelantan United dan Negeri Sembilan FC tergendala buat sementara waktu ketika ini berikutan air bertakung di atas permukaan padang selepas lebat melanda Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sejak petang tadi

Komisioner Perlawanan, Mohd. Paudzi Sukami berkata, sehingga pukul 9.40 malam belum ada sebarang keputusan di buat sama ada untuk meneruskan perlawanan atau sebaliknya.

Menurutnya, pemeriksaan padang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat termasuklah mengambil kira situasi terkini cuaca.

“Pada jam 10.30 malam nanti pegawai perlawanan akan membuat pemeriksaan padang dan melihat keadaan cuaca.

“Selepas itu perbincangan akan dibuat saya perlu memaklumkan dan mendapatkan maklum balas pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) terlebih dahulu sebelum membuat keputusan,” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Mohd. Paudzi menjelaskan sekiranya keadaan tidak mengizinkan perlawanan malam ini mungkin ditunda ke suatu tarikh lain.

Terdahulu sekitar Jajahan Kota Bharu dilanda hujan lebat bermula pukul 6.30 petang dan sehingga kini belum dilihat tanda-tanda akan reda.

Kedua-dua pasukan juga sudah dimaklumkan perkembangan terkini dan kini menunggu keputusan daripada Mohd. Paudzi dan barisan pegawai perlawanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN