JKM kesan ibu tinggalkan bayi di HUSM, Kubang Kerian - Utusan Malaysia

JKM kesan ibu tinggalkan bayi di HUSM, Kubang Kerian

BAYI perempuan yang ditinggalkan ibu kandung di HUSM, Kubang Kerian, Kelantan pada 10 September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Besut sedang mengesan ibu kandung kepada seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan pada 10 September lalu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Besut, Zulbahri Ibrahim berkata, susulan itu JKM Besut telah menerima rujukan daripada pihak HUSM berkenaan seorang bayi malang itu yang dilahirkan pramatang pada 10 September lalu.

“Siasatan awal mendapati ibu kandung telah menghilangkan diri selepas bayinya perlu ditahan di wad atas masalah kesihatan.

“Ibu bayi tersebut dikenali sebagai Wan Azlina Wan Mohamad berusia 30an dan alamat terakhirnya adalah di Kampung Padang Landak, Jerteh, Terengganu,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Zulbahri , bayi tersebut juga telah mendapat perintah bawah seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 daripada Mahkamah Majistret Daerah Besut pada 23 November lalu untuk ditempatkan dalam jagaan institusi Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga kini.

Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ibu kandung bayi berkenaan boleh menghubungi Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Besut, Noradawiah Ab. Manaf di talian 09-6956042/09-6953951. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya