PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) wajar mensyaratkan semua pasukan yang bertanding dalam Liga Super musim depan menyediakan wang cagaran bagi mengelak berlaku masalah tunggakan gaji pemain. Penganalisis bola sepak, Mohd. Sadek Mustaffa berkata, wang cagaran mestilah mengikut kitaran atau purata pembayaran gaji untuk tempoh tiga hingga empat bulan yang dianggarkan berjumlah RM4 juta hingga ke RM5 juta. Katanya, langkah tersebut sebagai jaminan dengan MFL bertindak selaku pemegang amanah kelab…










