Ten Hag makin tertekan

Ten Hag makin tertekan

BRUNO Fernandes memujuk Alejandro Garnacho selepas pasukan mereka tewas 3-4 kepada FC Copenhagen dsalam saingan Liga Juara-Juara, semalam. Copenhagen menang 4-3. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Manchester United, Erik ten Hag berkemungkinan besar dipecat selepas tewas 3-4 kepada FC Copenhagen dalam saingan Liga Juara-Juara, semalam.

Episod duka The Red De­vils yang berterusan sejak kalah kepada Manchester City dalam Liga Inggeris meletakkannya di kedudukan tercorot Liga Juara Juara di bawah kelab Denmark itu dan memerlukan keajaiban untuk mara ke pusingan kalah mati.

United tempang dengan 10 pemain selepas Marcus Rashford dilayangkan kad merah sementara Copenhagen merampas tiga mata penuh menerusi pemain berusia 17 tahun, Roony Bardghji yang meledak gol keempat untuk pasukannya pada minit ke-87.

Dengan United kini menduduki tangga kelapan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), tekanan semakin memuncak ke atas Ten Hag ditambah pula khabar angin yang mengatakan pemilik kelab, Glazers mungkin akan memecat pengurus kelahiran Belanda itu dalam masa terdekat.

Portal sukan Inggeris, Football Insider mendakwa jutawan INEOS dan pemilik Nice, Sir Jim Ratcliffe bersedia melepaskan Ten Hag kurang daripada 18 bulan selepas berkhidmat sejak April 2022.

Bekas pengurus Ajax itu yang pernah memenangi Piala Liga pada musim pertamanya dan membimbing United ke tempat ketiga dalam EPL musim lalu berkemungkinan besar digantikan oleh bos Brighton, Roberto De Zerbi sekiranya Ratcliffe bersetuju dengan pelantikan itu.

Sementara itu, laporan The Sun memetik sumber, pengurus legenda, Sir Alex Ferguson akan menasihati Ratcliffe untuk mengekalkan Ten Hag buat masa ini.

Dalam pada itu, Ten Hag menyifatkan tindakan pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada Rashford menjadi punca permainan pasukannya berubah sekelip mata.

“Kad merah itu mengubah segala-galanya. Permainan tidak seperti dirancang,” katanya.

Ten Hag juga menafikan tindakan pengadil perlawanan melayangkan kad merah itu betul kerana kebanyakan kesalahan diletakkan kepada anak-anak buahnya. Saya tahu dia (Rashford) hanya mahu mendapatkan bola. Saya rasa pengadil pun tak pasti sama ada Rashford melakukan kesalahan itu,” tegasnya yang turut mempersoalkan dua jari­ngan Copenhagen. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN