Arwah Suhaimi Saad pesan anak mandi, solatkan jenazah

Arwah Suhaimi Saad pesan anak mandi, solatkan jenazah

EHMAD HADIE ELFARDIE menyiram kubur bapanya, Mohd. Suhaimi di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Allahyarham Mohd. Suhaimi Saad berpesan supaya anaknya memandikan dan solatkan jenazahnya.

Ehmad Hadie Elfardie, 15, anak sulung allahyarham berkata, ayahnya sempat berpesan kepadanya sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot.

Sebagai anak lelaki sulung dia juga akan membantu ibu menjaga dan membesarkan adik beradik lain ekoran pemergian bapanya.

“Antara pesanan ayah sebelum meninggal dunia, dia minta agar kami jaga solat dan jangan tinggal mengaji.

“Ayah juga pesan kalau ayah tak ada nanti mandikan ayah, solatkan ayah…alhamdulillah semua itu kita sudah selesaikan, sudah buat,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Felcra Sungai Ara,  di sini hari ini.

Ehmad Hadie menerima pemergian bapanya itu sebagai qada dan qadar yang ditentukan Ilahi.

Ditanya apakah kenangan terindah bersama bapanya, baginya setiap hari bersama bapanya adalah kenangan terbaik dalam hidup.

“Kami semua (adik beradik) rapat dengan ayah. Hari-hari menjadi kenangan terindah bersama ayah, ada sahaja benda yang seronok kami buat dengan ayah,” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.