Anak, rakan iringi pengebumian Suhaimi Saad

Anak, rakan iringi pengebumian Suhaimi Saad

suhaimi saad
JENAZAH Mohd. Suhaimi Saad (gambar kecil) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Jenazah bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team, Mohd  Suhaimi Saad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Sungai Ara, di sini pukul 9 pagi tadi.

Kira-kira 200 ahli keluarga, sahabat seperjuangan nasyid, saudara mara dan orang kampung hadir mengiringi jenazah dari rumah ke tanah perkuburan.

Turut berada pada upacara pengebumian arwah ialah anak sulung dan anak keduanya, Ehmad Hadie Elfardie, 15, dan Salman Elkhoyri, 13 

Bacaan talkin dan tahlil ringkas dipimpin vokalis Kumpulan Nasyid Diwani, Hasnol Jamal.

Sebelum itu, jenazah suami kepada Nordiana Mohd. Naim itu disolatkan sekali lagi di rumah keluarganya di Felcra Sungai Ara.

Suhaimi, 43, disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Arwah yang dimasukkan ke HSI dan ditidurkan sejak Jumaat lalu berikutan keadaan kesihatannya merosot selepas batuk teruk sejak Ogos lalu serta mengalami cirit-birit. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya