Sidang DUN: Johor bina pusat pemulihan akidah, seks sejenis - Utusan Malaysia

Sidang DUN: Johor bina pusat pemulihan akidah, seks sejenis

MOHD. FARED MOHD. KHALID menjawab soalan pada Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri akan mewujudkan pusat pemulihan bagi menangani isu akidah terpesong serta individu yang mengamalkan hubungan sesama jantina.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pusat pemulihan bagi golongan yang mengamalkan hubungan sesama jantina itu merupakan yang pertama seumpamanya diwujudkan di negara ini.

“Ketika ini ia sedang dalam proses persiapan kemasukan harta modal di bahagian pejabat, asrama pelatih lelaki dan wanita. 

“Pusat ini dijangka beroperasi sepenuhnya pada bulan Julai 2024,” katanya menjawab soalan Abdul Aziz Talib (PN-Maharani) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Mohd. Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah turut memaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM15 juta setahun kepada Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dakwah termasuk bagi menyantuni golongan mualaf.

Menurutnya, seramai 2,845 orang telah berdaftar memeluk agama Islam sejak 2020 hingga November lalu, iaitu seramai 728 orang pada 2020, 688 (2021), 796 (2022) dan 633 (November 2023).

“Saudara baharu kita yang berdaftar di negeri Johor terdiri daripada pelbagai kaum antaranya Cina, India, Iban, Bidayuh, Kadazan, Orang Asli serta warga asing dari Filipina dan Vietnam,” katanya 

Beliau berkata, Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita yang ditubuhkan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ)  pada 2020 juga berperanan melaksanakan Modul Pengajian Islam berkaitan akidah, ibadah, muamalat, sirah, akhlak dan pengajian al-Quran. 

“Selain itu, ia juga berfungsi memberi bimbingan keagamaan kepada mualaf dalam usaha mempertingkatkan syiar Islam dan menjaga kebajikan mereka.

“Antara kursus dijalankan adalah Islam Pilihanku, Kem Sinar Ibadah, Majlis Iftar Ramadan, Program Ziarah Riadah dan Sambutan Maulidur Rasul,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya