Sebuah PPS dibuka di Felda Jelai 4, Gemas - Utusan Malaysia

Sebuah PPS dibuka di Felda Jelai 4, Gemas

SEBUAH PPS telah dibuka di Sekolah Agama Felda Jelai 4, Gemas, Tampin susulan kejadian banjir yang melanda kawasan itu sejak petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Felda Jelai 4, Gemas di sini malam ini ekoran banjir yang berlaku di kawasan itu susulan hujan lebat yang berlaku sejak pukul 5 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Fadhil Hassan berkata, banjir mula berlaku di kawasan Felda berkenaan akibat limpahan Sungai Pador kira-kira pukul 6 petang tadi.

Jelas beliau, setakat pukul 8.30 malam tadi, tiga buah keluarga yang terdiri daripada 10 orang individu termasuk kanak-kanak telah mendaftar di PPS yang dibuka di Sekolah Agama Felda Jelai 4 itu.

“Agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis dan lain-lain agensi berkaitan telah ke lokasi kejadian,” katanya hari ini.

Jelas Fadhil lagi, selain di Felda Jelai 4 yang terjejas banjir, laluan Gemencheh ke Batang Rokan juga telah dinaiki air dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah meletakkan papan tanda di laluan tersebut bagi tujuan keselamatan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya