Proses perubahan pastikan Bersatu terus relevan

Proses perubahan pastikan Bersatu terus relevan

RAIS YATIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama Perikatan Nasional (PN) yang dianggap sebagai parti abad ke-21 perlu melalui perubahan bagi memastikan ia terus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu dan bumiputera.

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, perubahan tersebut perlu dihormati oleh semua anggota dan kepemimpinan parti selepas Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan tahun hadapan.

“Oleh kerana sensasi atau reaksi keterlaluan semasa sidang ini, mungkin mendap tidak berapa lama lagi dan keadaan peralihan pimpinan zaman beredar pusaka bergilir akan dapat kita lihat dan hal itu tidak harus dipandang menerusi kaca mata emosi.

“Tetapi, dalam suasana per­ubahan apabila keadaan kekuatan Melayu sudah jatuh kepada paras nombor dua berbanding tahun-tahun dahulu.

“Dalam suasana Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang saya lihat ada beberapa orang yang boleh membawa wawasan Muhyiddin ke tahap yang seharusnya dapat mencantumkan politik bangsa Melayu bersama Pas dan rakan-rakan yang lain,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Keenam 2023, semalam.

Semalam, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri Ke-8 mengumumkan tidak akan menawarkan diri sebagai calon untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Bersatu pada pemilihan parti akan datang bagi memberi laluan kepada pelapis baharu.

Dalam pada itu, Rais yang juga Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan memberitahu, pimpinan parti perlu mengambil iktibar atas perubahan yang pernah berlaku ke atas UMNO pada 2003 ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai presiden parti itu.

Reaksi umum memohon supaya beliau meneruskan sebagai presiden, tetapi dalam konteks Bersatu hari ini, keadaan untuk perubahan itu mungkin dirasai oleh Muhyiddin sendiri.

“Oleh demikian, harus kita mengambil iktibar dalam pengalaman UMNO dahulu apabila mana Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan untuk bersara tetapi atas hal-hal yang dirasakan oleh ahli seluruhnya beliau tidak meletakkan jawatan. Mungkin itu berlaku dalam keadaan Muhyiddin,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN