Polis cadang tuduh suspek kes jual beli bayi - Utusan Malaysia

Polis cadang tuduh suspek kes jual beli bayi

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan berhubung kes dua beranak serta seorang wanita Indonesia yang ditahan selepas dipercayai terlibat dengan urusan jual beli bayi serta melarikan bayi  dalam kejadian di sebuah kedai barangan bayi di Jalan Ampang di sini  diserahkan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan sudah diserahkan ke Pejabat TPR Selangor dengan cadangan tuduh kedua-dua suspek mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua suspek sudah diberi jaminan polis semalam manakala ibu bayi itu masih dalam tahanan polis mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1952,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isnin lalu, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia bagaikan histeria apabila bayinya dilarikan oleh dua beranak dalam kejadian di sebuah kedai barangan bayi di Jalan Ampang  Jumaat lalu.

Bagaimanapun, adegan wanita terbabit turut mendedahkan perbuatannya yang mahu menjual bayi lelaki yang berusia 15 hari ketika kejadian berkenaan kepada dua beranak terbabit.

Seorang pekerja di kedai barangan bayi yang enggan dikenali dipetik berkata, tiga wanita terbabit dilihat memasuki premis itu kira-kira jam 7 malam pada hari kejadian.

Menurutnya, wanita Indonesia itu kemudian dilihat meminta seorang daripada dua beranak berkenaan memegang bayi berkenaan yang menangis sementara dia memilih pakaian.

Katanya, beberapa minit kemudian, wanita yang membawa bayinya dilihat keluar dari kedai sebelum menaiki kereta dipandu seorang lagi wanita yang bersamanya sebelum itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN