Penamatan drastik subsidi cetus ketidakstabilan harga

Penamatan drastik subsidi cetus ketidakstabilan harga

NUR SURAYYA MOHD. SAUDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penamatan subsidi terhadap daging ayam bakal mencetuskan ketidakstabilan harga terhadap ayam di pasaran dalam masa terdekat.

Pakar Ekonomi, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Nur Surayya Mohd Saudi berkata, ini kerana keperluan daging ayam dalam Malaysia adalah bukan sahaja diperoleh daripada sumber tempatan malah juga turut diimport.

Menurutnya, ketiadaan subsidi terhadap ayam tempatan bakal memberi impak terhadap kenaikan harga makanan bagi sektor lain yang menggunakan daging ayam dalam menu mereka.

Katanya, keadaan tersebut terjadi kerana dipengaruhi oleh harga yang dikenakan sama ada tinggi ataupun rendah terhadap daging ayam import, maka akan berlakunya ketidakstabilan harga pada ayam tempatan.

“Justeru itu, buat pada masa ini saya tidak melihat penarikkan semula subsidi ayam tidak akan memberi beban langsung terhadap rakyat.

“Peningkatan harga ayam akan menyukarkan rakyat untuk mendapatkan pemilihan makanan asas yang harganya berpatutan dan mampu milik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, harga ayam yang ditetapkan RM9.40 sekilogram sejak Februari tahun 2022, memudahkan rakyat membuat keputusan dalam mendapatkan sumber protein yang lebih murah jika dibandingkan dengan harga ikan di pasaran.

Jelasnya, harga ayam yang stabil sebelum ini, banyak membantu dalam meningkatkan ke­sejahteraan ekonomi negara, yang seterusnya boleh meningkatkan produktiviti industri yang berkaitan dengan daging ayam.

Sehubungan itu, Nur Surayya berkata, peningkatan harga ayam bukan sahaja menjejaskan industri makanan maka juga akan memberi beban terhadap kos perbelanjaan barang dapur bagi seisi rumah.

Justeru, beliau berkata, penarikan subsidi terhadap harga ayam adalah tidak bersesuaian untuk dilaksanakan buat pada masa kini, ekoran keadaan ekonomi masyarakat yang masih dalam fasa pemulihan.

Malah, kata beliau pemberian subsidi tunai kepada golongan B40 dan M40 jika berlakunya kenaikan harga pada ayam dilihat seperti tidak masuk akal.

“Seelok-eloknya, subsidi ayam dikekalkan kerana ayam merupakan makanan ruji masyarakat yang kedua,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN