Orang Asli Kelantan kutuk penindasan Zionis ke atas rakyat Palestin

Orang Asli Kelantan kutuk penindasan Zionis ke atas rakyat Palestin

SEBAHAGIAN Orang Asli bersama penduduk tempatan yang menzahirkan tanda sokongan terhadap rakyat Palestin Himpunan Solidariti Palestin Dari Galas ke Gaza di Dataran Kesedar, Gua Musang, Kelantan hari ini-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lebih 16,000 masyarakat Orang Asli di negeri ini mengutuk sekeras-kerasnya penindasan yang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas rakyat Palestin dan mahu kekejaman itu segera dihentikan.

Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan, Bidi Ronggeng berkata, walaupun berada di kawasan pedalaman namun mereka tetap mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di Palestin ketika ini,

“Kami (Orang Asli) tidak suka dengan apa yang berlaku di Palestin ketika ini dan membenci peperangan.

“Jadi, kami menyeru kepada kuasa besar dunia hari ini supaya menghentikan peperangan dan bebaskan bumi Palestin daripada kekejaman. Ini adalah seruan dan bantahan kami kepada kekejaman yang berlaku di bumi Palestin,” katanya kepada pemberita pada Himpunan Solidariti Palestin Dari Galas ke Gaza di Dataran Kesedar di sini, hari ini.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas itu, menerima sokongan lebih 1,000 penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan tinggal di sekitar Gua Musang.

Bidi memberitahu, seluruh masyarakat Orang Asli berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus bersolidariti kepada rakyat Palestin.

Bagi, Penghulu Kampung Merlong, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, Ibrahim Marijah pula, dia merayu kepada kuasa besar dunia supaya segera campur tangan bagi menghentikan penindasan itu.

“Kita nak kedamaian. Apa yang kita lihat pada hari ini begitu sedih sekali. Kita lihat kanak-kanak baru lahir berumur satu hingga tujuh tahun. 

“Mereka tidak tahu peperangan dan mereka hanya kenal ibu bapa, tetapi mereka yang menjadi mangsa. Jadi saya harap kepada dunia agar merealisasikan tanggungjawab memberi keamanan secepat mungkin untuk kebaikan rakyat Palestin,” ujarnya.

Sementara itu, ADUN Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, dia tidak menyangka perhimpunan itu akan menerima sambutan yang menggalakkan daripada penduduk.

“Kita juga melancarkan tabung sumbangan untuk Gaza dan Insya-Allah akan saya sampaikan sendiri kepada Perdana Menteri dalam usaha memenuhi hasrat negara menghimpunkan sekurang-kurangnya RM100 juta untuk dihantar ke Gaza.

“Kami berbangga dengan Perdana Menteri yang boleh kita katakan sebagai pemimpin islam dunia yang lantang menyuarakan isu Palestin. Kami akan bersama dengan beliau (Perdana Menteri) kerana kita tahu apa yang disuarakan itu menggambarkan hasrat rakyat Malaysia,” katanya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN