MCA menjelajah ke seluruh negara, dekati masyarakat - Utusan Malaysia

MCA menjelajah ke seluruh negara, dekati masyarakat

WEE KA SIONG menunjukkan senarai nama barisan baharu kepimpinan MCA Johor dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MCA Johor di Pejabat MCA Johor di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dalam usaha merejuvenasikan parti, Pemuda dan Wanita MCA akan menjelajahi ke seluruh negara bagi mendekati masyarakat dan menarik minat golongan belia. 

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pembabitan golongan muda penting dalam menggerakkan jentera parti sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Saya akan memberikan kuota kepada MCA di setiap negeri untuk capai (tarik) penglibatan belia, contohnya seperti di Johor, kita beri (kuota) 4,000 belia. 

“Kita mahu penglibatan belia lelaki dan wanita terdiri daripada segenap lapisan termasuk profesional dan graduan,” katanya dalam sidang media di Pejabat MCA Johor, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon.

Pada sidang media itu, Ka Siong turut mengumumkan Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor yang turut dibarisinya sebagai Pengerusi, manakala Tian Soon sebagai Timbalan Pengerusi.

Sementara itu, Tian Soon berkata, jelajah itu yang akan bermula pada Disember depan merupakan langkah penting bagi memperkuatkan parti.

Pihaknya akan turut mengadakan penerangan mengenai hala tuju baharu parti dan perancangan masa depan melibatkan MCA negeri sehingga ke peringkat akar umbi.

“MCA perlu ada pasukan yang lebih kuat, selain menarik ahli baharu, MCA negeri perlu diberikan semangat dengan pertemuan sehingga ke peringkat akar umbi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN