LONDON: Manchester United berjaya mengurangkan sedikit tekanan terhadap pengendalinya Erik ten Hag selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 menewaskan Luton dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam tadi.
Sementara itu, Tottenham terus dihambat episod duka tewas kepada kepada Wolves 2-1 sekali gus mencerahkan peluang kepada Manchester City untuk terus mengukuhkan kedudukan di puncak liga jika menang malam ini.
Newcastle turut mencipta kekalahan mengejut apabila tewas kepada Bournemouth yang memanfaatkan dua peluang terbaik menerusi jaringan berganda Dominik Solanke sekali gus mengeluarkan kelab itu daripada zon penyingkiran. – AFP
KEPUTUSAN
Bournemouth 2 (Solanke 60, 73) Newcastle 0
Wolves 2 (Sarabia 90+1, Lemina 90+7) Tottenham 1 (Johnson 3)
Crystal Palace 2 (Eze 5-pen, Edouard 73) Everton 3 (Mykolenko 1, Doucoure 49, Gueye 86)
Man Utd 1 (Lindelof 59) Luton Town 0
Arsenal 3 (Trossard 45+1, Saliba 57, Zinchenko 74) Burnley 1 (Brownhill 54) – UTUSAN