Manchester United intai Zidane, Amorim

Manchester United intai Zidane, Amorim

ZINIDINE ZIDANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United menyenaraikan Ruben Amorim dan Zinedine Zidane sebagai pengganti yang berpotensi besar menggantikan Erik ten Hag.

Status bos Red Devils itu goyah apabila pasukan itu tewas separuh daripada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) malah turut tersingkir dari Piala Liga, Rabu lalu.

Itu merupakan permulaan terburuk United selepas 61 tahun ditambah pula dengan isu luar padang yang melibatkan pemain dan ketidaktentuan pemilikan kelab, malah kini persembahan mereka di atas padang juga semakin parah.

RUBEN AMORIM

Pengurus kelahiran Belanda itu tidak mungkin dipecat dalam masa terdekat tetapi keputusan yang lebih buruk mungkin akan menanti­nya selepas lebih setahun mengendalikan skuad ber­kenaan.

Sekiranya pengurusan tertinggi United membuat keputusan memilih untuk mengetepikan Ten Hag, mereka mempunyai pilihan menawarkan Amorim dari Sporting Lisbon atau Zidane yang belum terikat dengan mana-mana pasukan untuk memegang peranan itu.

Amorim membimbing Sporting Lisbon sejak 2020 dan pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Tottenham sebelum Ange Postecoglou dipilih.

Keadaan semakin buruk untuk United yang menghuni tangga kelapan liga dan lapan mata di belakang empat teratas selepas mencatat lima kemenangan dan lima kekalahan daripada 10 perlawanan.

Mereka juga tewas 3-0 kepada Newcastle ketika beraksi dalam Piala Liga selain tewas dua kali dalam Liga Juara-Juara setakat ini.

Para pemain juga dikatakan mula menyalahkan bekas bos Ajax itu yang dipercayai me­lebihkan beberapa pemain pilihan walaupun kecewa dengan sebilangan bintang yang sedang mula berkembang di United.

Mereka juga menyifatkan United di bawah Ten Hag tidak mempunyai hala tuju yang jelas sedangkan prestasi pasukan semakin merosot.

Sementara itu, Ten Hag mahu anak-anak buatnya bersatu untuk menghadapi tekanan ketika mereka bergelut untuk menghentikan musim buruk musim ini.

Malam ini, United akan berdepan Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris dan pas­tinya mereka mahu mengelak daripada tumpas buat kali ketiga berturut-turut.

United mempamerkan permulaan terburuk sejak 1962-63 dan kekalahan menentang Fulham di Craven Cottage boleh mendorong Ten Hag ke jurang pemecatan selepas kurang dua musim mengendalikan pasukan.

Selepas dikalahkan 0-3 oleh Manchester City hujung minggu lalu, United dimalukan dengan keputusan yang sama menentang Newcastle dalam pusingan keempat Piala Liga kelmarin.

Anak buah Ten Hag tewas lapan daripada 15 perlawanan mereka dalam semua pertan­dingan musim ini, meninggalkan mereka di tangga kelapan dalam liga dan berisiko gagal ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Ia adalah kali pertama United tewas berturut-turut di tempat sendiri dengan tiga gol atau le­bih sejak 1962, manakala mereka tewas lima daripada 10 perlawanan pertama di tempat sendiri buat kali pertama sejak 1930-31. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN