Luis Suarez hangatkan kancah Liga AS

Luis Suarez hangatkan kancah Liga AS

LUIS SUAREZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Impian untuk melihat bekas penyerang berbisa Barcelona, Luis Suarez bersatu semula de­ngan pemenang lapan kali Ballon d’Or, Lionel Messi akan menjadi kenyataan selepas Inter Miami menawarkan kontrak kepada pemain antarabangsa Uruguay itu.

Suarez, 36 tahun ketika ini bersama Gremio di Brazil ditawarkan kontrak perjanjian selama setahun, dengan tambahan setahun lagi bersama Miami untuk menyertai beberapa bekas rakan sepasukannya di Barcelona antaranya Sergio Busquets, Jordi Alba dan Messi dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat (AS).

Terdahulu pengurus Gremio, Rentao Gaucho telah pun mengesahkan Suarez akan me­ninggalkan kelab Brazil itu pada Disember, sejurus tamat Liga Serie A Brazil tamat.

Dalam masa yang sama, Suarez juga pernah mengesahkan bahawa ada kelab di MLS meng­hubunginya pada pertengahan tahun ini.

Biarpun semakin berusia, Suarez masih mengumpul koleksi gol yang memberangsangkan di Brazil apabila meledak keseluruhan 17 gol daripada 37 penampilan.

Ketika bersama Barcelona, Suarez pernah membentuk gandingan ampuh bersama Messi di jentera serangan selama enam musim sejak 2014 hingga 2024 dan berjaya membantu La Blaugrana memenangi empat gela­ran La Liga dan satu trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Messi yang baru sahaja menyertai Miami pada tahun ini telah membantu pasukan itu memenangi kejuaraan pertama Piala Liga di sebalik menghabiskan musim ini pada kedudukan kedua tercorot dalam saingan MLS. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN