PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bimbang dengan sikap masyarakat kini yang seolah-olah menganggap perlakuan jenayah terutamanya aktiviti seksual membabitkan kanak-kanak dan remaja sebagai ‘perkara biasa’. Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau menegaskan, perlakuan itu adalah satu jenayah serius dan menjadi satu tanggungjawab bersama untuk melindungi kanak-kanak. “Ada sesetengah masyarakat menganggap aktiviti seksual merupakan perlakuan normal dan bukan satu jenayah dan paling dikhuatiri ialah perlakuan itu tidak dilaporkan…










