SEREMBAN: Isu peletakan jawatan dan penularan rakaman video perbualan lucah seseorang yang mirip Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff tidak memberi sebarang kesan kepada perjalanan Kerajaan Perpaduan hari ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berpandangan, dalam politik sudah tentu ada pihak yang mahu melihat kestabilan kerajaan tergugat namun tentu ada yang mahu terus bekerja memastikan pembangunan negara dapat berjalan baik.…