Jojo cabar juara WBC pertarungan Primetime US

Jojo cabar juara WBC pertarungan Primetime US

Muhammad Johan Ghazali Zulfika akan membuat penampilan pertamanya dalam pertarungan Primetime US, ONE Championship pada 8 Disember ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEYALING JAYA: Jaguh muay thai sensasi negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfika akan membuat penampilan pertamanya dalam pertarungan Primetime US, ONE Championship pada 8 Disember ini.

Petarung berumur 17 tahun itu akan berdepan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares, dalam pertarungan ONE Fight Night 17 di Stadium Tinju Lumpinee di Bangkok, Thailand.

“Tanda kalendar anda, remaja meningkat naik, Johan Ghazali akan membuat penampilang sulung dalam Primetime US pada 8 Disember menentang bekas pencabar gelaran dunia ONE Flyweight Muay Thai, Edgar Tabares,” kata One Championship dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Johan melakar sejarah apabila berjaya mendapatkan kontrak ONE Championship Thailand bernilai AS$100,000 (RM467,000), sekali gus menjadikannya atlet termuda me­raih kejayaan itu.

Johan yang lebih dikenali sebagai Jojo dalam kalangan peminatnya mendapat kontrak tersebut selepas menumpaskan petarung Russia, Temirlan Bekmurzaev secara knockout (KO) dalam ONE Championship Thailand.

Lebih manis, kejayaan itu itu juga membolehkan Johan yang mewakili Rentap Muaythai Gym berpangkalan di Sarawak menerima bonus kemenangan 350,000 baht (RM46,500).

Petarung berdarah kacukan Malaysia-Amerika Syarikat (AS) itu kini memenangi empat pertarungan, sebelum ini dia pernah menumpaskan tiga peserta Thailand, Samurai Seopal, Tai Sor Jor Piek Uthai dan Padetsuk Fairtex.

Dalam empat pertarungan itu, tiga daripadanya dimenangi Jojo secara KO termasuk ketika menumpaskan Seopal dalam masa 16 saat yang mendapat liputan meluas dan bualan peminat sukan berkenaan.

Di media sosial, debut Johan di Primetime US disambut gembira oleh para peminatnya dengan rata-rata mengucapkan selamat berjaya dan mengagumi pencapaian hebat yang diraihnya setakat ini dalam sukan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya