Jangan mudah ditipu penjenayah siber - Tengku Mahkota Kelantan

Jangan mudah ditipu penjenayah siber – Tengku Mahkota Kelantan

TENGKU Mahkota ketika menyampaikan titah ucapan semasa Majlis Perasmian Program Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 peringkat Kelantan di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, Kelantan hari ini-UTUSAN/TOREK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Rakyat di negeri ini perlu sentiasa waspada supaya tidak mudah ditipu penjenayah siber yang sentiasa licik memerangkap mangsa dengan pelbagai helah dan taktik.

Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz bertitah, jenayah siber berpunca dari ketirisan data sehingga menjadi ancaman utama pada hari ini.

Titah baginda lagi, data diperoleh secara haram itu akan digunakan penjenayah siber untuk memerangkap atau ‘scam’ mangsa dengan matlamat mendapat keuntungan mudah dan singkat.

“Pelbagai penyamaran menerusi panggilan telefon dilakukan untuk mempedaya individu selepas identiti mangsa sudah diteliti termasuk latar belakang.

“Panggilan kononnya dari pihak polis, kastam dan sebagainya tidak harus meletakan rakyat. Hal ini kerana panggilan palsu itu bertujuan untuk menipu dan mengaut keuntungan,” titahnya baginda semasa Majlis Perasmian Program Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 peringkat Kelantan di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, di sini hari ini.

Tengku Muhammad Fa-iz bertitah, data yang dicuri dengan pelbagai cara itu turut disalahgunakan termasuk pemalsuan identiti. 

Katanya, penjualan data menerusi ‘dark web’ berkait nama peribadi, nombor kad pengenalan, alamat dan maklumat keluarga turut dikesan berlaku.

“Adalah dinasihatkan agar rakyat Kelantan supaya lebih berhati-hati membuat hantaran di platform media sosial bagi memastikan maklumat peribadi tidak digunakan oleh penjenayah siber atau atau scammer.

“Pada masa sama, ilmu berkait dunia siber perlu ditimba dan dikongsi dengan keluarga bagi memastikan kita tidak mudah ditipu,” titah baginda.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya