Haslihelmy hantar notis tuntutan kepada Mohd. Shukri atau CMK - Utusan Malaysia

Haslihelmy hantar notis tuntutan kepada Mohd. Shukri atau CMK

HASLIHELMY DM ZULHASLI (kiri) dan MOHD. SHUKRI MOHD. RAMLI (kanan)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bekas calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Haslihelmy DM Zulhasli menghantar notis tuntutan kepada blogger yang juga aktivis masyarakat, Mohd. Shukri Mohd. Ramli kerana memfitnahnya terlibat kes jenayah dan tidak layak mendapat undi pada pilihan raya tersebut, 7 Oktober lalu.

Haslihelmy berkata, beliau menuntut Mohd. Shukri yang turut terkenal dengan gelaran Cucu Mat Kilau (CMK) menarik balik kenyataan, membuat permohonan maaf dan menuntut ganti rugi RM100,000 akibat pernyataan-pernyataan fitnahnya.

Menurutnya, notis tuntutan itu dihantar semalam ke alamat terakhir aktivis masyarakat tersebut.

“Dalam notis tuntutan itu, saya menuntut CMK membuat permohonan maaf tanpa syarat dan seterusnya menarik balik dan memadamkan kesemua pernyataan-pernyataan fitnah yang dibuat terhadap saya dalam tempoh 14 hari daripada tarikh notis ini.

“Saya juga menuntut aku janji CMK untuk tidak menerbitkan atau membuat pernyataan fitnah yang serupa atau seumpamanya pada masa akan datang.

“Dalam notis berkenaan, saya juga menuntut ganti rugi RM100,000 akibat daripada pernyataan fitnah dibuat CMK yang menyebabkan saya ditimpa kerugian, kehilangan dan kerosakkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Haslihelmy yang juga Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang melalui proses mahkamah sekiranya Mohd. Shukri atau CMK enggan menuruti notis tuntutan berkenaan.

“Tindakan mahkamah juga akan diambil terhadap CMK jika meneruskan untuk membuat pernyataan-pernyataan fitnah yang berikutnya terhadap saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya