Guru rugi RM259,000 terpedaya panggilan polis palsu

Guru rugi RM259,000 terpedaya panggilan polis palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang guru kerugian RM259,000 selepas terpedaya dengan tipu helah lelaki yang menyamar sebagai anggota polis menerusi panggilan telefon pada 26 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, mangsa seorang guru lelaki mendakwa pada tarikh tersebut dia telah dihubungi oleh suspek yang memperkenalkan diri dari Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC).

Menurutnya, mangsa kemudian telah dihubungi oleh seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Ipoh mengatakan dia telah terlibat dengan pengubahan wang haram. 

“Mangsa (pengadu) telah diminta oleh pegawai penyiasat untuk memindahkan kesemua wang miliknya ke dua akuan yang telah diberikan. 

“Disebabkan percaya dan takut, pengadu telah memindahkan semua wang kepada dua akaun bank yang dikatakan dimiliki oleh  juruaudit Bank Negara untuk tujuan audit forensik,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Mohd. Rosdi memberitahu, bermula 30 Oktober sehingga 8 November lalu mangsa telah melakukan 10 transaksi dari wang simpanan dan akaun Tabung Haji yang keseluruhan RM259,000.

Katanya, mangsa kemudian menyedari dia telah ditipu selepas wang diberikan itu tidak dikembalikan sebagaimana yang dijanjikan.

“Semalam, mangsa telah membuat laporan polis berkait penipuan tersebut. Justeru itu, pihak polis memohon orang ramai supaya berhati-hati dengan sendikit penipuan atas talian dengan modus operandi seperti ini, bagi mengelak ramai yang menjadi mangsa,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN