Cukai barang mewah termasuk barang kemas, jam tangan  mulai Mei 2024  - Utusan Malaysia

Cukai barang mewah termasuk barang kemas, jam tangan  mulai Mei 2024 

Kerajaan bakal memperkenalkan cukai bernilai tinggi termasuk barang kemas mulai Mei 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cukai Barang Bernilai Tinggi atau  Cukai Barang Mewah seperti barang kemas, jam tangan berjenama dan kereta  akan dilaksana bermula 1 Mei 2024. 

Cukai baharu itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada bulan lalu.

Anwar juga Menteri Kewangan berkata, kementeriannya dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan dasar dan perundangan cukai membabitkan barang bernilai tinggi. 

“Mekanisme pelaksanaan, jenis barang dan kadar cukai barang bernilai tinggi akan diumumkan sebaik sahaja perkara-perkara tersebut dimuktamadkan dan diluluskan oleh jemaah menteri,” katanya dalam jawapan bertulis Chong Zhemin [PH-Kampar] di Dewan Rakyat semalam. 

Pada 27 Oktober lalu, media melaporkan, cukai itu dijangka dikenakan ke atas barangan mahal seperti jet peribadi, kapal layar, barangan kemas dan kereta mewah.

Selain itu, cukai tersebut juga dikatakan  akan dikenakan ke atas kereta yang dijual melebihi RM200,000, jam tangan melebihi RM20,000 dan barangan kemas berharga melebihi RM10,000.- UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.