BMW terbabas: Pemandu tersepit, dua tercampak keluar kereta - Utusan Malaysia

BMW terbabas: Pemandu tersepit, dua tercampak keluar kereta

BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemandu kereta cedera manakala dua penumpang lagi tercampak keluar dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Kajang Lebuhraya Utara-Selatan, Kajang dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.07 pagi dan sembilan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, ketika kejadian, kereta BMW yang dinaiki tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terbabas.

“Pemandu lelaki tersepit, manakala dua lagi mangsa tercampak keluar namun mereka selamat.

“Pemandu yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dalam masa empat minit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semua mangsa diserahkan kepada pihak kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN