Ancaman bom palsu: Kawasan Sekolah Tinggi Islam As-Sofa diisytihar selamat - Utusan Malaysia

Ancaman bom palsu: Kawasan Sekolah Tinggi Islam As-Sofa diisytihar selamat

ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan bagi mengesan unsur-unsur letupan di setiap blok dalam dan luar bangunan Sekolah Tinggi Islam As-Sofa di Kota, Rembau malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Sekolah Tinggi Islam As-Sofa yang terletak di Kota di sini antara sekolah yang dilaporkan menerima ancaman bom palsu di negara ini.

Difahamkan, kesemua penghuni sekolah yang terdiri daripada kira-kira 539 pelajar sekolah dan 47 orang guru sekolah telah mengosongkan kawasan sekolah dan berkumpul di luar kawasan sekolah sementara siasatan djalankan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, ancaman tersebut diterima akaun e-mel milik sekolah yang menyatakan terdapat satu bahan letupan yang telah ditanam di sekitar sekolah tersebut pagi semalam.

“Sebaik sahaja menerima e-mel ancaman tersebut, polis dengan kerjasama pihak bomba telah bertindak meminta pihak sekolah mengosongkan premis sementara siasatan sedang dijalankan.

“Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan meneruskan mencari unsur-unsur letupan di setiap blok dalam dan luar bangunan sekolah namun tiada sebarang bentuk letupan.

“Setelah pemeriksaan dilakukan secara terperinci, kami mengisytiharkan kawasan tersebut selamat dan mengarahkan pelajar untuk masuk ke asrama masing-masing,” katanya kepada pemberita, di sini,.

Ujar Hazri lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan lain-lain.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi kejadian kira-kira pukul 8.15 malam mendapati pihak polis masih menjalankan pemeriksaan di sekolah berkenaan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 19 laporan berhubung ancaman bom palsu di beberapa buah sekolah di seluruh negara termasuk satu di Negeri Sembilan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya