KEMAMAN: Satu nama besar dan terkenal di negara ini bakal dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember nanti. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, persetujuan telah dicapai antara calon tersebut dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. “Insya-Allah satu kejutan besar akan berlaku di Kemaman. Calon ini ialah antara nama-nama terkemuka…