4 jam Wahab masih di balai Kajang  - Utusan Malaysia

4 jam Wahab masih di balai Kajang 

ABDUL WAHAB ABDUL KADIR JILANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG:  Abdul Wahab Abdul Kadir  Jilani masih berada  di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini dipercayai membuat laporan polis  berkaitan dengan klip video perbualan lucah dirinya dengan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Abdul Wahab dan peguamnya, Faizal Abd Rahman  tiba  di IPD Kajang, sekitar pukul  11 pagi dan sehingga pukul 3 petang masih berada di balai polis tersebut..

Bagaimanapun,  butiran berhubung laporan polis yang dibuat  oleh Wahab belum dapat dipastikan.

Faizal  berkata, maklumat mengenai kehadiran anak guamnya ke IPD Kajang akan diberitahu kepada media  sebaik proses siasatan selesai dijalankan.

Semalam, Faizal  mengesahkan Penolong pegawai  Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) itu  mengesahkan identiti Mr H ketika memberi keterangan di Bukit Aman.

Sebelum ini, Faizal Rahman mendakwa Abdul Wahab lambat tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kerana anak guamnya itu mengalami tekanan melampau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN