Yayasan Bank Rakyat beri sumbangan kepada pelajar asnaf, B40 - Utusan Malaysia

Yayasan Bank Rakyat beri sumbangan kepada pelajar asnaf, B40

WILFRED (lima, dari kanan) dan Philip (empat, dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli, Sabah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran, Sabah dan Kelab Masyarakat Prihatin Sabah menyalurkan sumbangan kepada 105 pelajar golongan berpendapatan rendah (B40), hari ini.

YBR dalam kenyataan berkata, ia bertujuan menyediakan bantuan kewangan kepada penerima yang layak sebagai permulaan memulakan pengajian di universiti.

Majlis itu berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli disempurnakan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan dihadiri Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang.

Philip berkata, bantuan tunai yang diberi bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin meningkat akibat kemelesetan ekonomi terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Bagi meneruskan usaha dalam menyediakan pelajar-pelajar dan golongan muda akses yang pendidikan berkualiti, inisiatif ini diharapkan dapat membantu lebih ramai pelajar,” katanya.

Sementara itu, Wilfred berterima kasih di atas bantuan berkenaan.

“Saya berharap usaha ini dapat diteruskan kerana masih ramai yang memerlukan bantuan sebagai persediaan dalam memulakan atau menyambung pengajian sedia ada serta dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh keluarga di kawasan luar bandar,” katanya.

Dalam pada itu, salah seorang penerima, Nur Adila Awang Tahir @ Julailan, 20, berkata, bantuan itu sangat bermakna untuk dia memulakan semester yang baharu sahaja bermula.

Aliyah Allisyah Azmin, 20, pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut berkata: “Bantuan sedikit sebanyak dapat digunakan untuk membeli buku rujukan bagi subjek yang diduduki untuk semester yang terbaru.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya