Wanita rugi hampir RM1 juta terpedaya pelaburan palsu - Utusan Malaysia

Wanita rugi hampir RM1 juta terpedaya pelaburan palsu

Bahrin Mohd. Noh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang wanita yang bekerja sebagai ejen perumahan mengalami kerugian sebanyak RM954,500 akibat tertipu dengan pelaburan tidak wujud disertainya. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, wanita  berumur dalam lingkungan 50-an itu mula berjinak-jinak dengan pelaburan berkenaan pada bulan Julai lalu selepas tertarik dengan tawaran yang diiklankan dalam laman sosial Facebook. 

“Mula-mula wanita berkenaan melabur sebanyak RM10,000 dan mendapat keuntungan sebanyak RM19,000 menyebabkannya membuat satu lagi pelaburan berjumlah RM20,000 membolehkannya mendapat pulangan berjumlah RM58,000.

“Gelap mata dengan keuntungan hampir tiga kali ganda menyebabkannya membuat 26 kali transaksi pelaburan seterusnya, namun tidak mendapat sebarang pulangan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM954,500,” katanya kepada media hari ini. 

Bahrin berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. 

Menurutnya, siasatan juga dilakukan bagaimana wanita itu memperoleh wang sebanyak itu untuk membuat pelaburan. 

“Orang ramai adalah diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan pelbagai iklan dalam sosial media yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi pelaburan seperti ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya