UMK kumpul derma untuk Palestin, sasar lebih RM20,000

UMK kumpul derma untuk Palestin, sasar lebih RM20,000

RAZLI Che Razak (kanan) menghulurkan sumbangan peribadi sebagai pelancaran dana membantu rakyat Palestin di UMK Kampus Bachok, Kelantan, hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyasar mengumpul dana lebih RM20,000 bagi membantu rakyat Palestin yang sedang ditindas oleh rejim Zionis ketika ini.

Naib Canselornya Profesor Datuk Dr. Razli Che Razak berkata, setakat ini sebanyak RM10,000 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan warga UMK di Kampus Kota dan Jeli baru-baru ini termasuk strategik yang turut menyokong solidariti itu.

“Hari ini adalah giliran warga UMK Kampus Bachok merealisasikan bantahan terhadap kezaliman Zionis terhadap Palestin dengan mengadakan solat hajat, bermunajat dan perarakan yang disertai kira-kira 500 pelajar serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Pada masa sama, kita turut melancarkan pungutan dermaperingkat UMK Kampus Bachok. Selain itu, deklamasi sajak dan pidato berkait dengan penderitaan rakyat
Palestin turut disampaikan sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin,”
katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Program Solidariti Warga Kampus UMK Bachok, di sini petang ini.

Razli memberitahu, kutipan itu akan dilanjutkan sehingga tamatnya Istiadat Konvokasyen ke 13 UMK yang bermula 4 hingga 7 November ini.

Katanya, kesemua sumbangan itu akan diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk disalurkan kepada NGO yang berkait.

“Program solidariti yang dianjurkan di semua kampus UMK turut membabitkan pelbagai bangsa dan agama yang bangkit seiringan atas dasar peri kemanusiaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN